HUTANG – Musuh Terbesar Orang Muda

Hutang atau juga dikenali sebagai credit, pay later (Shopee Pay Later, Atome , etc), Easy Payment Plan (EPP) dan banyak lagi yang boleh disenaraikan. Semua perkara tersebut mempunyai satu karater yang sama iaitu mereka merupakan satu alat yang digunakan oleh rata-rata masyarakat kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini tanpa usaha dibelakangnya walhal kita memperdagangkannya dengan usaha yang masih belum wujud lagi untuk sesuatu yang mungkin kita tidak perlukan pun.

 

Hutang penghalang terbesar orang untuk menjadi jutawan

Hanya ada 3 langkah yang perlu dilakukan untuk menjadi jutawan iaitu  cash flow, saving/investment dan masa . Lagi tinggi cash flow  seseorang itu maka lagi cepat seseorang itu menjadi jutawan.  Tetapi jika seseorang itu berhutang , dia telah mengurangkan cashflow mereka yang boleh digunakan untuk membina harta. Kebiasaannya, orang kita hidup hanya menunggu gaji untuk membayar hutang ,dimana hutang-hutang tersebut pula digunakan untuk membayar sesuatu barang yang tidak mempunyai peningkatan nilai (capital appreciation) . Antaranya adalah hutang kenderaan (musuh terbesar) , hutang credit card , dan hutang personal loan .

 

Hutang menarik kebebasan seseorang untuk membuat keputusan sendiri (Slave Mind)

Perkerja yang ingin berhenti daripada tempat kerja yang toksik sukar untuk meninggalkan kerjanya disesbabkan oleh komitmen yang mereka ada . Siapa yang akan membayar hutang mereka jika mereka berhenti kerja ? Simpanan pun tiada sebab bulan-bulan dah abis bayar komitmen. jadi mereka pun terpaksa berkerja walaupun tempat berkerja mereka toksik agar kereta mereka tidak ditarik oleh pihak bank . Tanpa hutang ada mempunyai freedom untuk buat apa yang kita nak. Tiada siapa boleh halang kita .

 

Saya menulis artikel ini untuk mengajak kamu semua yang membaca ini untuk berhenti mengambil hutang sebagai pilihan pertama dalam membeli sesuatu terutamanya hutang kereta. Saya akan memberi alternatif lain untuk membeli kereta pertama tanpa perlu berhutang pada post yang akan datang.

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

One response to “HUTANG – Musuh Terbesar Orang Muda”

  1. A WordPress Commenter Avatar

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *